Inilah adalah tugasan pertama selepas raya. Agak kekok pada mulanya kerana dah dekat 2 bulan tak shoot sebarang majlis. Alhamdulillah, semuanya berjalan sangat lancar. Kali ini tugasan ialah di majlis pertunangan Nuryumna dan Azlee Nuradi yang bertempat di Alam Megah, Shah Alam. Tugasan bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 3.00 petang.
Memang seronok dan meriah sekali kerana tetamu dan ahli keluarga sgt sporting untuk bergambar dan paling seronok, melayan telatah adik bongsu Nuryumna (lupa namanya) and the gang. Pantang nampak kamera macam2 aksi tunggang-terbalik mereka! Haha, fave pose buat ‘devil sign’. Comel gila! Haha, habis dia over-shadow Yumna. Hehe, tak lupa juga, lauk-pauk yang marvelous. Terbaik! Pergh! Eh...ni datang nak tangkap gambar ke nak makan? Hehehe…
Terima kasih diucapkan kepada Puan Farihah sekeluarga kerana sudi memberi kepercayaan kepada PetikDetik untuk merakamkan detik-detik gembira dan bermakna tersebut. Di sini kami menyediakan beberapa gambar dahulu sementara menunggu proses editing dan printing album selesai untuk tatapan anda sekeluarga.
1 Comments:
yeayyy... ada gak terselit my pics..best best
Catat Ulasan