Lokasi: Wangsa Maju (Nikah) & Thistle Port Dickson Resort (Sanding)
Foto Diambil & Diedit Oleh: Hezrik PetikDetik
Memandangkan pasangan yang melansungkan perkahwinan kali ini ialah antara sahabat baik saya, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengikut suami ke sesi fotoshoot bagi acara nikah di Wangsa Maju dan sanding di Thistle Port Dickson Resort. Nurul yang lebih mesra saya panggil dengan pet-name nya “Kiah” kelihatan begitu anggun dan sangat jelita. Rasa macam tak sangka je yang saya lihat tu Kiah. Memang berbeza sungguh! Ada rasa terharu bila melihat dia tersenyum simpul atas pelamin. Kiah antara jenis sahabat yang ada di kala susah dan senang. Seseorang yang reliable untuk diminta nasihat, dan seseorang yang sudi meminjamkan masanya untuk diperdengarkan masalah. Walaupun kami jarang berjumpa sejak-sejak saya dah berkahwin, tapi setiap kali berjumpa, rasa sayangnya saya pada sahabat yang seorang ni memang tak pernah pudar :)
Saya dengan suami (Hezrik) dengan sukacitanya mengalungkan jutaan tahniah buat Kiah & suaminya Eady di atas ikatan dua jiwa ini. Semoga jodoh kamu berdua sentiasa kekal berpanjangan, hidup sentiasa dalam muafakat, saling bertolak-ansur dan bertolerensi, saling sayang-menyayangi, dan yang paling penting, saling hormat-menghormati. Terima kasih yang tak terhingga juga kerana sudi menjemput kami berdua ke acara yang paling bermakna untuk kamu berdua. Terima kasih Mama (ibu Kiah) & semua ahli keluarga Kiah dan Eady di atas layanan baik kamu semua! We both really enjoy the time when two golden hearts, become one.