























Lokasi: Masjid Zaid Bin Haritsah Gombak (Nikah), Taman Danau Kota (Sanding) & Dewan Kejiranan Presint 9 Putrajaya (Tandang)
Foto Diambil & Diedit Oleh: Hezrik PetikDetik
Photoshoot bagi pasangan ini adalah di antara tugasan paling mencabar yang pernah ditempuhi. Turut serta untuk photoshoot dan bertindak sebagai Jurufoto Ke-2 adalah Mr. Nazar Ibrahim. Bagi sesi outdoor untuk kedua-dua belah pengantin perempuan dan lelaki, kami telah diduga dengan kehadiran hujan-ribut yang turun dengan jayanya! Yang paling menggila sekali adalah di Putrajaya, di mana kami langsung tiada tempat untuk berteduh selepas terperangkap di sebuah menara sempit, bermandikan tempias di sebabkan hujan yang turun dengan tiba-tiba tanpa memberi sebarang amaran. Aiyooo....tak dapat dibayangkan perasaan masa tu, cuma teramat risau dengan peralatan kamera & pengantin kami ni je. Tapi nasib baik, Alhamdulilah...semuanya dapat kami lalui dengan selamat dan sepulangnya ke rumah, kamera telah siap saya kuarantinkan di dalam drybox cap “Badak Haus”, heheh...Nasib baik tak masuk airrrrrr! Hahaha...Kredit terbesar saya ingin berikan adalah kepada tuan punya badan (iaitu pasangan pengantin) sendiri kerana sungguh SEMPOI dan banyak bersabar serta sangat-sangat komited memberikan pose-pose menarik (walaupun ditimpa hujan!) lantas berjaya memberikan shot-shot yang kami ingini untuk menjayakan sesi yang berlangsung. Tidak lupa juga penghargaan kepada Nazar...You are my man bro!
Sekalung tahniah kepada Ateh (Nurul) dan Paan (Farhan) dan semoga selamat menjalani alam perkahwinan...Semoga berbahagialah hingga ke akhir hayat hendaknya...Aminnn
Chow~
Hezrik


4 Comments:
muka dgn features ateh ni mmg "makan" gambar btol :) selamat pengantin baru ateh..sayang sbb kakzu xdapat ikot gi putrajaya skali haritu, kalau tak sure dah main tempias same2, hehe.
Erik & kak azu,
Dalam byk2 gambar majlis kahwin, so far this is my favourite! Esp gambar outdoor tepi tasik, mmg superbbb!! Couple ni pun nampak sweet sgt.
Ada tak pakej untuk pengantin lama? :p *teringin jugak :p*
Haha..boleh je untuk pengantin lama! Tunggu anniversary nnt, ajak shah pergi buat makeup and set rambut, sewa baju vogue2, lepastu bawak anak2 sekali! Sure happening photoshoot session tu kang :D - Kazu
Hah! Idea menarik tu! apa lagi Azury, ada berani? hehe
Catat Ulasan