LOKASI: Seksyen 1, Wangsa Maju
FOTO DIAMBIL & DIEDIT OLEH: Hezrik PetikDetik
Majlis kali ini melibatkan pertunangan adik ipar saya, Nur Fitri Aini, atau lebih mesra dikenali sebagai Nani (adik Hezrik) dengan pasangannya Farhan. Sebahagian dari gambar di atas merupakan gambar-gambar yang saya sendiri tangkap memandangkan Hezrik sibuk membantu keluarga mengelola majlis dan makan-minum sepanjang majlis berlansung. Merangkap 2nd photog pulak saya akhirnya :) Actually selepas majlis ini, Hezrik terpaksa bergegas pula ke Taman Melati untuk sesi photoshoot majlis nikah, tukar persalinan dan berinai.
Sewaktu disolek oleh Cik Syuhada (Syud) yang merupakan kawan baik Nani dari zaman persekolahnnya lagi, wajah Nani telah diubah dengan magisnya dari kelihatan sekadar comel ke benar-benar cantik laksana bulan! :) Nampaknya Syud cukup berpengalaman walaupun katanya inilah pertama kali dia mengambil tugas menyolek. Tahniah Syud for the good work! Lepas ni bolehlah PetikDetik war-warkan pada rakan-rakan dan clients, insyaAllah...
Kedatangan rombongan dari Pulau Pinang memang cukup dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Memang ramai dan cukup meriah, memandangkan ahli keluarga Farhan ramah-ramah belaka! Melihat keramahan serta perasaan akrab dan sayang keluarga Farhan terhadap bakal menantu mereka itu membuatkan saya dan Hezrik berasa syukur dan lega kerana Nani telah ditemukan dengan orang yang baik-baik :) Semoga jodoh mereka dipanjangkan Allah dan bakal menginjak ke jinjang pelamin kelak, amin....
Salam,
Mahzura

0 Komen:
Catat Ulasan