Selasa, Mac 09, 2010

Perkahwinan Fara Saiful & Ahmed Syam (26 & 27 Feb 2010)



LOKASI: Batu Pahat, Johor
FOTO DIAMBIL & DIEDIT OLEH: Hezrik PetikDetik

Kali ini tugasan yang ditunggu² akhirnya tiba juga. Bertempat di Chisel Stone (bak kata Fara) ataupun Batu Pahat, Johor, tugasan ini turut disertai bersama oleh Azlan sebagai 2nd photog. Kami selamat tiba pada hari Jumaat (26 Feb 2010) dan terus bersiap-sedia untuk majlis pernikahan dan berinai besar pada malam hari nya. Sesi pernikahan yang dilangsungkan di rumah pengantin perempuan memang cukup meriah dengan sanak-saudara dan disusuli sesi blackout yang tidak disangka-sangka sebanyak 3 kali! Dalam hati saya memang banyak berdoa supaya dipermudahkan tugasan hari tu, mana tak nyer, tak dapat saya bayangkan bagaimanalah agaknya hasil gambar nanti klau shoot time bergelap! Haha...Tapi alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya di mana akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan dan bergelar suami-isteri :)

Majlis persandingan yang berlangsung pada hari Sabtu pula berjalan dengan baik dan diakhiri dengan sesi outdoor di sekitar Tasik Batu Pahat (Tasik Y). Sesi outdoor kali ini memang happening, korang boleh tengok sendiri lah gambar ni kan. Bermacam-macam aksi! Hahah. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan selamat. Banyak pengalaman yang kami timba untuk sesi kali ini. Diharap sebahagian gambar² yang sempat diletakkan di sini dapatlah korang tengok dan anticipate hasilnya, sementara menunggu proses album siap nanti :) Ape² pun, family korang memang sempoi abis! Mana nak jumpa bapak yang cakap “Lu-Gua – Lu-Gua”, terkejut gua beb! Hahaha

Sekalung tahniah untuk kamu berdua dari saya dan isteri, Mahzura (Azzu). Azzu katanya teringin sangat nak tengok majlis korang. Bukan apa, nak bagi “BERKAT” katanya, kot-kot menjadi Fara berisi dalam tahun ni jugak, hahaha. Akhir kata dari kami di PetikDetik: Semoga ikatan bahagia kamu berdua sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat! Amin...

Ooooppss...LUPA! Kambing masak kuzi malam nikah korang memang marvelous, dan harap² nya dapatlah saya “balas dendam” semula ke suatu tarikh yang korang berdua harus tetapkan, hahaha ;P


2 Komen:

Aku A-Z-Z-U berkata...

sukaaaaa sgt kaler baju nikah fara & syam. sweet pink! sgt2 sweeetttt ;*

Mommy Delta berkata...

Hehehe suka gak. Shweet gile kannn. Tapi sayangnya pakai kejappp je. Looking forward to wear it again, with pride :)

feed twitter facebook