Isnin, Januari 18, 2010

Majlis Perkahwinan Maslina & Kifli (9 Jan 2010)


LOKASI: Kampung Pandan Dalam & Ampang

Foto Diambil & Diedit Oleh: Hezrik PetikDetik


Rasanya, ini adalah pertama kali saya shoot maljlis pernikahan yang begitu singkat sekali, tup tup, dah habis? Hehe :) Memula skali ternampak pengantin lelaki kita ni kelihatan cuak yg teramat sangat sampai mata merah, tangan sejuk...jenuh saya cuba meng'cool'kan beliau supaya takut gementarnya akan berkurangan, hehe bukan apa, bimbang keadaaan beliau boleh menjadi sampai ‘panic-attack’ dan menggangu kelancaran majlis nikah mereka je :) Tapiiiiiii...tengok-tengok sempoi je, SEKALI lafaz tu!. Hah! Aku dah cakap dah! Orang yang cuak-cuak time menikah ni mesti cemerlang punya time lafaz! Hehehe...Terima kasih kepada kedua-dua mempelai kerana memberikan kerjasama yg sungguh hebat, bersedia untuk sessi outdoor ketika cuaca yang amat TERIK skali. Nasib baik makeup tak cair ye Lina? Hehe. Pepahal pun, korang memang best la!


Sekalung tahniah dari kami di PetikDetik, dan semoga jodoh korang berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin....


Hezrik


Khamis, Januari 07, 2010

Majlis Perkahwinan Nurul & Farhan (25, 26 Dis 2009 & 2 Jan 2010)


Lokasi: Masjid Zaid Bin Haritsah Gombak (Nikah), Taman Danau Kota (Sanding) & Dewan Kejiranan Presint 9 Putrajaya (Tandang)

Foto Diambil & Diedit Oleh: Hezrik PetikDetik


Photoshoot bagi pasangan ini adalah di antara tugasan paling mencabar yang pernah ditempuhi. Turut serta untuk photoshoot dan bertindak sebagai Jurufoto Ke-2 adalah Mr. Nazar Ibrahim. Bagi sesi outdoor untuk kedua-dua belah pengantin perempuan dan lelaki, kami telah diduga dengan kehadiran hujan-ribut yang turun dengan jayanya! Yang paling menggila sekali adalah di Putrajaya, di mana kami langsung tiada tempat untuk berteduh selepas terperangkap di sebuah menara sempit, bermandikan tempias di sebabkan hujan yang turun dengan tiba-tiba tanpa memberi sebarang amaran. Aiyooo....tak dapat dibayangkan perasaan masa tu, cuma teramat risau dengan peralatan kamera & pengantin kami ni je. Tapi nasib baik, Alhamdulilah...semuanya dapat kami lalui dengan selamat dan sepulangnya ke rumah, kamera telah siap saya kuarantinkan di dalam drybox cap “Badak Haus”, heheh...Nasib baik tak masuk airrrrrr! Hahaha...Kredit terbesar saya ingin berikan adalah kepada tuan punya badan (iaitu pasangan pengantin) sendiri kerana sungguh SEMPOI dan banyak bersabar serta sangat-sangat komited memberikan pose-pose menarik (walaupun ditimpa hujan!) lantas berjaya memberikan shot-shot yang kami ingini untuk menjayakan sesi yang berlangsung. Tidak lupa juga penghargaan kepada Nazar...You are my man bro!


Sekalung tahniah kepada Ateh (Nurul) dan Paan (Farhan) dan semoga selamat menjalani alam perkahwinan...Semoga berbahagialah hingga ke akhir hayat hendaknya...Aminnn


Chow~

Hezrik


Isnin, Januari 04, 2010

Majlis Perkahwinan Mohamad Fadzli & Azliza (1 & 3 Januari 2010)


Lokasi: Masjid Kg Cheras Baru (Nikah) & Dewan Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah (Sanding)

Foto Diambil & Diedit Oleh: Hezrik PetikDetik


Apa-apahal pun, pertama skali, thanks a lot to Mr. Raja Azrie kerana memberi kepercayaan utk saya turut sama merakamkan majlis Fadzli & Azliza pada 1 & 3 Januari 2010 aritu. Fadzli (Li) merupakan Boss SCS Studio di Pandan Indah, iaitu studio yg paling best skali, dan banyak betul kenangan manis di studio beliau (cerita lain). Walaupun agak sibuk pada minggu tersebut dimana kebanyakkan penduduk dunia sedang menikmati sisa-sisa cuti tahunan dan sambutan tahun baru, saya dan isteri hanya sempat celebrate dalam kereta dalam perjalanan Teluk Intan-KL gara2 kesuntukkan masa, dan hanya berpeluang menghabiskan cuti di majlis-majlis perkahwinan sahaja utk minggu itu. Hehehe..Lepas ni apa kata, kita tukar menu plak untuk majlis kenduri kahwin ni...buat chicken parmesan ke masa sanding, sirloin steak ke, fettuccini alfredo ke, janji BUKAN nasi minyak! Hahahaha. Walaupun penat tapi enjoy. Masa akad nikah Li berlansung, tergelak saya sorang2 sbb tok kadi utk majlis pernikahan Fadzli & Azliza ni sepatutnya masuk program Raja Lawak, sure menang jadi juara! Hahahaha..Anyway, tahniah utk korang berdua, dan semoga jodoh berkekalan utk selama-lamanya. Aminn...


Hezrik Ismail