Di bawah adalah beberapa soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh pelanggan kami:
1. Saya berminat untuk menempah perkhidmatan dengan PetikDetik Photography, bagaimanakah caranya?
2. Di manakah lokasi premis PetikDetik Photography?
3. Adakah PetikDetik Photography menyediakan perkhidmatan di luar Lembah Kelang?
4. Berapakah nilai deposit yang perlu dibayar sekiranya saya berminat untuk menempah pakej dengan PetikDetik Photography?
5. Bilakah selewat-lewatnya saya perlu membayar deposit?
6. Bilakah pula saya perlu membayar baki akhir untuk pakej yang ditempah kepada PetikDetik Photography?
7. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan kesemua item pakej sebelum menyerahkannya kepada saya?
8. Saya lihat dalam setiap pakej PetikDetik Photography ada menyatakan tentang sesi, seperti sesi Nikah, Sanding dan Bertandang. Selalunya, berapakah jam yang diperuntukkan untuk satu-satu sesi?
9. Katakan selepas majlis Nikah nanti saya ingin PetikDetik Photography untuk turut mengambil gambar sekitar majlis Khatam Quran. Adakah Khatam Quran dikira sebagai sesi tambahan?
10. Bolehkah saya menyarankan lokasi untuk sesi Outdoor? Dan bolehkah saya membawa sekali rakan-rakan saya untuk sesi Outdoor tersebut?
11. Adakah PetikDetik Photography akan menyerahkan kesemua gambar yang telah diambil dan adakah gambar-gambar yang diberi telah diedit?
12. Saya dapati PetikDetik Photography hanya menawarkan seorang jurufoto bertugas dalam setiap pakej yang ditawarkan. Bagaimana sekiranya saya ingin menambah jurufoto?
13. Bolehkah saya tahu apakah Terma & Syarat yang ditetapkan oleh PetikDetik Photography untuk perkhidmatan yang diberikan?
14. Saya berasa sedikit bimbang tentang komitmen jurufoto terhadap tugasannya, lagipun saya telah membayar sejumlah deposit untuk tempahan. Apakah jaminan dari PetikDetik Photography bahawa jurufoto pasti hadir pada majlis perkahwinan saya nanti?
15. Sekiranya saya telah ditawarkan khidmat percuma dari seorang rakan yang mempunyai fotografi sebagai hobi dan juga memiliki kamera DSLR, adakah saya masih perlu menempah khidmat professional fotografi perkahwinan?
16. Saya dapati tiada harga yang standard untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan di Malaysia. Ada yang terlalu murah, dan ada pula yang terlampau mahal. Mengapakah terdapat jurang perbezaan harga sebegini?

Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah seperti di bawah:
1. Saya berminat untuk menempah perkhidmatan dengan PetikDetik Photography, bagaimanakah caranya?
- Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi kami secara terus samaada melalui talian telefon ataupun email (sila rujuk ruangan “Hubungi Kami”). Untuk tujuan pertanyaan tempahan yang lebih pantas, kami juga telah menyediakan BORANG ONLINE di ruangan “Tempahan” untuk kemudahan anda. Kami memberi jaminan tidak lewat dua (2) hari dalam membalas setiap pertanyaan tempahan yang dikemukakan. Untuk aliran prosedur tempahan yang lebih jelas, sila LIHAT SINI.
2. Di manakah lokasi premis PetikDetik Photography?
- Memandangkan PetikDetik Photography dijalankan secara Small Office Home Office (SOHO), kami tidak mempunyai premis fizikal ataupun studio, sebaliknya semua urusan dijalankan dari rumah sahaja. PetikDetik Photography adalah perniagaan sepenuh masa dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran perniagaan 001926868-X di bawah bidang perkhidmatan fotografi, rekabentuk grafik dan percetakan.
3. Adakah PetikDetik Photography menyediakan perkhidmatan di luar Lembah Kelang?
- YA. Kami tidak menghadkan perkhidmatan kami hanya disekitar Lembah Kelang sebaliknya merangkumi seluruh lokasi di Malaysia. Walaubagaimanapun, bagi lokasi luar, kami akan mengenakan caj tambahan seperti caj perjalanan, tol dan penginapan sekiranya perlu bermalam.
4. Berapakah nilai deposit yang perlu dibayar sekiranya saya berminat untuk menempah pakej dengan PetikDetik Photography?
- Secara normalnya, nilai deposit ialah sebanyak 50% DARI KESELURUHAN HARGA PAKEJ yang ingin ditempah. Sekiranya anda beranggapan bahawa nilai deposit ini agak tinggi, haruslah difahami bahawa tempahan untuk perkhidmatan fotografi sebenarnya adalah merujuk kepada tempahan ke atas TARIKH. Seseorang jurufoto akan menjalankan tugasannya hanya di atas tarikh yang ditempah, dan terpaksa menolak tempahan-tempahan lain yang jatuh pada tarikh yang sama. Walaubagaimanapun PetikDetik Photography bersedia dan terbuka untuk berbincang mengenai nilai deposit yang rendah, dan ini terpulang kepada budi bicara pihak kami. Untuk aliran prosedur tempahan yang lebih jelas, sila LIHAT SINI.
5. Bilakah selewat-lewatnya saya perlu membayar deposit?
- Kami tidak menetapkan tarikh akhir untuk pembayaran deposit bagi tempahan, tetapi kami menjalankan polisi First-Pay (Deposit) First-Served (Ditempah). Dengan polisi ini, kami tidak akan menolak tempahan yang baru ditanya untuk sesebuah tarikh, berbanding tempahan yang telah lama diminta untuk tarikh yang sama, sekiranya pelanggan yang baru bertanya tersebut telah bersedia untuk membuat pembayaran deposit secara serta-merta. Kami akan masih mengosongkan tarikh tempahan selagi masih ada jurufoto yang dapat ditugaskan pada tarikh tersebut. Namun, untuk mengelakkan ketiadaan jurufoto, tempahan SE-AWAL (6) BULAN adalah digalakkan, terutamanya untuk tarikh-tarikh majlis yang jatuh sewaktu cuti umum dan cuti sekolah.
6. Bilakah pula saya perlu membayar baki akhir untuk pakej yang ditempah kepada PetikDetik Photography?
- Untuk bayaran akhir, anda hanya perlu membayarnya sewaktu kami MENYERAHKAN item-item pakej (album, softcopy, dan sebagainya) yang telah siap ke tangan anda. Sekiranya penyerahan adalah dalam bentuk pos, anda perlu membayar baki akhir kepada kami sehari sebelum ietm-item tersebut akan diposkan kepada anda. Anda juga boleh membayar baki akhir secara berperingkat iaitu tidak lebih dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh akhir majlis. Untuk aliran prosedur persiapan album, sila LIHAT SINI.
7. Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan kesemua item pakej sebelum menyerahkannya kepada saya?
- Proses penyediaan item-item pakej bagi tujuan serahan selalunya mengambil masa SATU (1) SETENGAH KE DUA (2) BULAN. Sehingga ke hari ini, kami belum pernah lagi menyerahkan item pakej kepada pelanggan-pelanggan kami, lewat dari apa yang kami janjikan. Tetapi ini semua bergantung ke atas jenis pakej yang ditempah juga. Sekiranya anda inginkan tempoh penyerahan yang lebih singkat, ini tertakluk dan bergantung kepada budi bicara PetikDetik Photography.
8. Saya lihat dalam setiap pakej PetikDetik Photography ada menyatakan tentang sesi, seperti sesi Nikah, Sanding dan Bertandang. Selalunya, berapakah jam yang diperuntukkan untuk satu-satu sesi?
- Kami di PetikDetik Photography tidak menetapkan bilangan jam, sebaliknya mengira caj jurufoto berdasarkan sesi. Ini bermakna, setiap satu sesi yang dinyatakan di dalam pakej yang ditempah akan dijalankan TANPA HAD MASA. Namun, caj tambahan akan dikenakan bagi penambahan sesi.
9. Katakan selepas majlis Nikah nanti saya ingin PetikDetik Photography untuk turut mengambil gambar sekitar majlis Khatam Quran. Adakah Khatam Quran dikira sebagai sesi tambahan?
- YA. Apa sahaja majlis lain yang asalnya tidak dinyatakan di dalam pakej yang ingin ditempah, akan dikira sebagai sesi tambahan. Antara sesi-sesi tambahan yang pernah diminta oleh pelanggan-pelanggan kami selain Khatam Quran ialah sesi Berinai dan sesi Tukar Persalinan. Setiap sesi tambahan adalah dalam caj yang berbeza-beza, dan tertakluk serta bergantung kepada budi bicara PetikDetik Photography.
10. Bolehkah saya menyarankan lokasi untuk sesi Outdoor? Dan bolehkah saya membawa sekali rakan-rakan saya untuk sesi Outdoor tersebut?
- YA. Selain dari idea-idea lokasi dari kami, saranan anda juga adalah dialu-alukan. Tetapi kami menasihatkan anda agar memilih lokasi outdoor yang tidak terlalu jauh dari lokasi majlis atas sebab seperti, kemungkinan besar tidak dapat menjalankan sesi Outdoor sama sekali kerana hari hujan (akibat cuaca di sebelah petang yang tidak menentu), atau hari sudah terlalu gelap (lokasi tidak berlampu), ditambah pula dengan pengantin yang sudah terlalu keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan yang sesak dan jauh sewaktu menuju ke lokasi outdoor. Kami juga mengalu-alukan penyertaan saudara-mara serta sahabat-handai ke sesi Outdoor bagi memeriahkan lagi suasana photoshoot buat pengantin yang mungkin malu-malu untuk beraksi di hadapan kamera di tempat awam :)
11. Adakah PetikDetik Photography akan menyerahkan kesemua gambar yang telah diambil dan adakah gambar-gambar yang diberi telah diedit?
- KESEMUA gambar yang diambil tanpa had masa bagi setiap sesi akan diserahkan dalam bentuk DVD softcopy. Setiap gambar adalah dalam saiz dan resolusi ready-to-print. TIDAK KESEMUA gambar akan diedit. Hanya gambar-gambar terpilih serta gambar-gambar yang telah dimuatkan ke dalam album sahaja akan diedit oleh kami. Gambar-gambar hanya diedit secara sederhana dengan colour correction dan face touch-up yang minimum.
12. Saya dapati PetikDetik Photography hanya menawarkan seorang jurufoto bertugas dalam setiap pakej yang ditawarkan. Bagaimana sekiranya saya ingin menambah jurufoto?
- Tambahan jurufoto adalah perkara biasa yang diminta oleh pelanggan kami sebelum ini. Caj bagi tambahan jurufoto yang dikenakan kepada pelanggan adalah berbeza-beza mengikut jurufoto dan juga mengikut sesi yang ditugaskan. Pembayaran deposit untuk tempahan Senior Photographer (iaitu jurufoto selain Official Photographer - Hezrik Ismail) ialah RM500 (MINIMA), dan nilai deposit ini adalah TETAP memandangkan kami perlu membayar Senior Photographer secara up-front sebelum mereka memastikan komitmen bagi tarikh yang ditempah. Tempahan Senior Photographer juga tertakluk kepada kekosongan dan kesediaan mereka untuk tarikh yang ingin ditempah. Untuk aliran prosedur tempahan yang lebih jelas, sila LIHAT SINI.
13. Bolehkah saya tahu apakah Terma & Syarat yang ditetapkan oleh PetikDetik Photography untuk perkhidmatan yang diberikan?
- Memandangkan beberapa perkara di bawah Terma & Syarat PetikDetik Photography merupakan sebahagian dari kerahsiaan syarikat, kami hanya akan membentangkan Terma & Syarat kami (melalui EMAIL) kepada mereka yang benar-benar serius dan berminat untuk menempah dengan kami.
14. Saya berasa sedikit bimbang tentang komitmen jurufoto terhadap tugasannya, lagipun saya telah membayar sejumlah deposit untuk tempahan. Apakah jaminan dari PetikDetik Photography bahawa jurufoto pasti hadir pada majlis perkahwinan saya nanti?
- Tidak pernah terjadi jurufoto kami tidak menjalankan tugasnya, dan kami faham benar tentang dilema anda, apatah lagi majlis perkahwinan bukannya boleh diulang semula. Kerana itulah kami sedar akan besarnya tanggungjawab kami memikul kepercayaan anda terhadap kami. PetikDetik Photography adalah perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa. Inilah bread & butter (nafkah dan mata pencarian) kami, dan untuk merosakkan kepercayaan anda adalah seperti menabur pasir ke periuk nasi sendiri. Reputasi adalah amat-amat penting yang mana harus kami jaga dengan baik kerana biasanya pelanggan yang berpuas hati akan mencadangkan kami kepada rakan-rakannya yang lain. Dalam kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan contohnya, kami masih mempunyai jurufoto sokongan dengan skil dan pegalaman yang setanding dengan Senior Photographer untuk dijadikan jurufoto gantian.
15. Sekiranya saya telah ditawarkan khidmat percuma dari seorang rakan yang mempunyai fotografi sebagai hobi dan juga memiliki kamera DSLR, adakah saya masih perlu menempah khidmat professional fotografi perkahwinan?
- Sebelum kami berkata YA atau TIDAK, anda kena pastikan dahulu bahawa rakan anda benar-benar mahir dalam fotografi perkahwinan dan bukan sekadar fotografi. Ini kerana liputan dalam fotografi perkahwinan adalah benar-benar berbeza dengan liputan yang dilakukan untuk fotografi lanskap (sebagai contoh). Jurufoto perkahwinan professional sentiasa bersedia dan punctual dengan setiap acara yang berjalan di dalam sesebuah majlis perkahwinan tanpa ada detik penting yang terlepas agar dapat menceritakan semula perjalanan sesebuah majlis perkahwinan itu. Jika rakan anda mempunyai porftolio gambar lanskap yang mengagumkan, tetapi tidak bagi portfolio gambar perkahwinan, kami sarankan anda agar tidak mengambil risiko kerana majlis perkahwinan adalah satu acara penting yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Anda harus menempah perkhidmatan professional bersekali dengan rakan anda tadi, dan minta jurufoto professional untuk mengambil detik-detik penting sepanjang majlis, sementara rakan anda pula merakam gambar-gambar lain seperti gambar tetamu atau gambar kandid. Dengan ini anda akan mendapat liputan yang lebih menyeluruh dan sudah pasti terjamin.
16. Saya dapati tiada harga yang standard untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan di Malaysia. Ada yang terlalu murah, dan ada pula yang terlampau mahal. Mengapakah terdapat jurang perbezaan harga sebegini?
- Tinggi atau rendah harga yang diletakkan oleh seseorang jurufoto bagi perkhidmatan fotografi perkahwinan adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah dimiliki oleh jurufoto tersebut. Seorang jurufoto dengan pengalaman lima (5) tahun contohnya, mempunyai pengetahuan yang luas dan berpengalaman dalam fotografi perkahwinan, dan akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding jurufoto yang masih baru menceburi bidang ini. Selain dari itu, harga yang lebih rendah mungkin ditawarkan oleh jurufoto yang menjalankan perkhidmatan fotografi perkahwinan secara part-time, berbanding jurufoto sepenuh masa. Dan dengan harga rendah ini ada juga sebilangan kecil jurufoto part-time yang tidak sepenuhnya komited dengan tugasan yang disandang. Faktor kualiti hasil akhir serta perkhidmatan tambahan juga menyumbang kepada perbezaan harga di antara satu jurufoto dengan satu jurufoto yang lain. Walaubagaimanapun, anda harus sedar bahawa masih ada segelintir jurufoto yang menawarkan pakej dengan harga yang tinggi tetapi kualiti perkhidmatan serta hasil akhir yang diberi adalah rendah dan tidak berbaloi dengan harga.
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila HUBUNGI KAMI.