INFO KAMI



PetikDetik Photography (PetikDetik) terdiri dari sepasang suami isteri iaitu Hezrik Ismail sebagai Official Photographer & Designer, dan juga Mahzura Amri bagi pengurusan Marketing & Technical. Kepakaran kami bukan sekadar memetik saat-saat manis pasangan pengantin, tetapi yang PALING PENTING, memastikan pelanggan-pelanggan terhormat kami menerima perkhidmatan fotografi perkahwinan yang terbaik, yang sewajarnya mereka terima :)

PetikDetik ialah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 001926868-X dan telahpun beroperasi sejak 2007. Alhamdulillah, sejak mula ditubuhkan sehingga ke hari ini, PetikDetik telah mendapat maklumbalas yang positif dari pelanggan-pelanggan kami. Asalnya cumalah sesuatu yang bermula sekadar hobi dan suka-suka, dan akhirnya telah bertukar menjadi sebuah perniagaan sepenuh masa yang serius, yang dikongsi dengan penuh dekat dan mendalam di hati kami berdua.

Pada kami, walaubagaimana mencabar sekalipun tugasan yang diterima, pada setiap penghujungnya, kepuasan sebenar ialah apabila melihat senyuman dan kegembiraan yang terpancar pada wajah pelanggan kami sewaktu menatap foto album mereka.

Jadi....kenapa anda harus MEMILIH kami?
  1. Setiap proses berkaitan tempahan, baik melalui emel atau SMS akan dilayan SERTA-MERTA, dengan maksima tidak lebih dua (2) hari lewat (kecuali jika telah dimaklumkan sebaliknya oleh kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan). 
  2. Setiap kombinasi pakej adalah FLEKSIBEL dan boleh diubah-suai mengikut kemampuan dan bajet setiap pasangan pengantin. 
  3. Setiap sesi fotografi kami adalah dalam masa yang TIDAK TERHAD dan tidak tertakluk kepada bilangan jam seperti yang dibuat oleh ramai jurufoto-jurufoto lain. 
  4. Setiap hasil akhir dalam penyediaan album hanya akan diserahkan ke tangan pelanggan selepas mendapat tinjauan dan LAMPU HIJAU sebelum kami mula mencetak. 
  5. Setiap pelanggan TIDAK PERLU MENUNGGU lebih dari dua (2) bulan untuk persiapan album mereka.

Seumpama sebuah majlis yang baru selesai, muzik yang berkumandang akan berhenti, tetamu yang datang akan pulang, bunga yang berkembang akan layu dan pelamin yang indah akan diturunkan...semua ini tidak ada ulangannya, begitulah juga memori yang terpahat dalam ingatan untuk sesebuah majlis ikatan perkahwinan. Memori tidak akan berkekalan sepanjang hayat. Jadi, apa yang tinggal hanyalah foto bagi mengenang saat-saat manis untuk diabadikan sampai bila-bila. Begitulah pentingnya memilih perkhidmatan fotografi perkahwinan yang TEPAT, dan kami berusaha untuk membantu dan memastikan impian anda tercapai :)

Selain dari perkhidmatan fotografi dan apa yang tersebut di atas, apa yang kami dapat tawarkan lagi ialah budi-bicara dan tolak-ansur yang baik, serta sebuah PERSAHABATAN yang berpanjangan. Terima kasih banyak kepada pelanggan-pelanggan kami yang sebelumnya, semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia ke akhir zaman, dan kepada bakal-bakal pengantin yang telah menjengah ke sini...

SELAMAT DATANG! :)



DETIK Kenangan Anda Dalam PETIKan Kami

Luv,
Hezrik & Mahzura






feed twitter facebook